3 Ogos 2015 (Isnin) Pembentangan Kumpulan 3 (8.00-10.00 pagi)
Bahan Pembentangan
Kumpulan terdiri daripada:
1. Nur Fara Ayuni Abdul Ruffur
2. Nur Fadzlyna binti Tugiman
Tajuk pembentangan : Tekanan Emosi di kalangan guru (Burn Out)
Pembentangan ini dilaksanakan di Makmal 1 IPGHKTHO
Istilah burn out
Antara yang dibincangkan oleh kumpulan ini ialah istilah Burn Out. Burn Out didefinisikan sebagai perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang. Dalam ertikata lain burn out juga didefinisikan sebagai pilihan terakhr (akibat) apabila sesuatu perubahan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya ( Farber, 1991).
Jenis-jenis burn out
Kumpulan ini juga cuba membincangkan jenis-jenis Burn Out. Misalnya kelesuan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi.Akibat burn out juga boleh menyebabkan kemusnahan kehidupan. Punca-punca burn out juga dibincangkan sama. Misalnya tanda-tanda awal boleh dikesan melalui
Tanda-tanda fizikal
- Rasa ketandusan
- Kerap sakit kepala
- Gangguan penghadaman
- Payah hendak tidur
- Mudah marah
- Sensitif
- Sukar mengawal perasaan
- Mudah menangis
- Rasa beban tugas
Tahap burn out
- Terlalu penat, jemu dengan kerja rutin/berulang-ulang dalam jangka masa yang panjang
- Kurang kemahiran
- Penempatan kerja yang tidak sesuai
- Rasa tidak dihargai
- Ekspektasi terlalu tinggi
- Ini juga dikaitkan dengan masalah peribadi dari aspek personiltti, psikososial, psikopersonal,perkahwinan, kesihatan, kewangan dan akhlak serta agama.
No comments:
Post a Comment